Potensi besar Malaysia, Vietnam lonjak dagangan, pasaran halal

HANOI: Sektor pembuatan yang kukuh dan teknologi canggih Malaysia, digabungkan dengan pasaran Vietnam yang agak besar, menawarkan potensi luas kepada kedua-dua negara untuk melonjakkan lagi perdagangan dua hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bercakap di Forum Perniagaan Malaysia-Vietnam di sini pada Jumaat, beliau berkata asas pasaran Vietnam yang agak besar serta ekonominya yang dinamik dan pesat menyediakan pasaran yang berkembang maju untuk barangan dan perkhidmatan syarikat Malaysia.

“Sektor pertanian Vietnam dengan mudah boleh memanfaatkan penerajuan dan ekosistem mantap yang dimiliki Malaysia dari segi pensijilan produk dan perkhidmatan halal untuk meneroka pasaran halal global, yang nilainya dianggarkan berkembang kepada AS$3 trilion menjelang 2024.

“Menerusi bekerjasama dalam bidang seperti hartanah, makanan dan minuman serta produk halal, pembinaan dan bahan binaan selain produk perubatan dan farmaseutikal, kita boleh membuka peluang untuk pertumbuhan ekonomi, dan mewujudkan perkongsian lebih kukuh yang akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat kita,” katanya.

Beliau berada di sini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Vietnam meneruskan trajektori meningkat pada 2022, apabila berkembang sebanyak 23.1 peratus tahun ke tahun kepada AS$19.44 bilion.

Eksport meningkat sebanyak 17.6 peratus tahun ke tahun kepada AS$12.2 bilion, manakala import juga melonjak sebanyak 33.2 peratus tahun ke tahun kepada AS$7.2 bilion.

Vietnam ialah rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia di dunia, dan negara ini juga ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Asean selepas Singapura, Indonesia dan Thailand.

Dari segi pelaburan, Malaysia ialah pelabur ke-10 terbesar Vietnam selepas Singapura dan Thailand.

Tengku Zafrul berkata selain perdagangan dan pelaburan, Putrajaya dan Hanoi juga boleh bekerjasama untuk mengatasi cabaran yang disebabkan oleh pertumbuhan global yang lembap, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan ketegangan geopolitik.

“Menangani prospek yang suram ini, kini lebih penting daripada sebelum ini untuk kita memperkukuh dan lebih menyepadukan ekonomi kita, sama ada di peringkat dua hala, plurilateral dan pelbagai hala,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah