Poster tular mengenai ‘Elaun Madani’ kepada penjawat awam palsu

  • News
  • July 26, 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini menafikan kerajaan akan memberikan ‘Elaun Madani’ sebanyak RM800 kepada penjawat awam.

Kementerian itu menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya dalam kenyataan.

Poster yang ditularkan di media sosial tersebut memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani.

Menurut poster tersebut, kerajaan akan memansuhkan elaun sara hidup dan bayaran insentif.

Untuk meraikan kesamarataan antara negeri kerajaan akan mewujudkan elaun baru yang dikenali sebagai ‘Elaun Madani’ yang mana pembayaran minimum adalah sebanyak RM800.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 45 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 46 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta