Widad Group Bhd lantik Saloma Mohd Jonid sebagai Pengarah Eksekutif berkuatkuasa 1 Ogos

KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd melantik Saloma Mohd Jonid sebagai pengarah eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

Saloma, 64, menyertai Widad Business Group Sdn Bhd pada 2014 dan sebelum ini merupakan pengarah sumber manusia dan pentadbiran kumpulan.

Beliau juga merupakan pengarah di Vertical Engineering Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan Widad yang terlibat dalam sektor pembinaan.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Maybank Investment Bank Bhd pada 1983 dan berkhidmat dengan bank itu selama 10 tahun sehingga 1993. Pada 1994, beliau menyertai RHB Investment Bank Bhd dan memegang lesen Wakil Peniaga untuk aktiviti terkawal dalam pengurusan portfolio pelaburan dan penasihat industri untuk runcit, pelanggan korporat dan institusi.

Saloma, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam pasaran modal dan perbankan pelaburan, pakar dalam pasaran modal ekuiti dan hutang, pembiayaan projek dan analisis kredit, menurut pemfailan kumpulan itu.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023, keuntungan bersih Widad merosot 90% kepada RM628,000 daripada RM6.32 juta setahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh margin kasar yang lebih rendah daripada projek pembinaan.

Hasil suku tahunan, bagaimanapun, meningkat 20.64% kepada RM62.78 juta daripada RM52 juta, disumbangkan oleh segmen pembinaannya.

Coelho

Related Posts

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia kini selangkah ke hadapan dalam usaha pembinaan mampan apabila YTL Cement dan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), cabang penyelidikan CIDB, melancarkan kilang pemprosesan Agregat Konkrit Guna…

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Syarikat penyelidikan dan pembangunan teknologi terkemuka negara, MIMOS Bhd, mengumumkan pelantikan Dr Saat Shukri Embong sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuat kuasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang