Aminuddin angkat sumpah Menteri Besar Selangor Penggal kedua

  • News
  • August 21, 2023

KLANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini secara rasmi dilantik sebagai Menteri Besar negeri ini bagi penggal kedua.

Amirudin, 43, mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini kira-kira pukul 11.23 pagi.

Turut berangkat pada istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Menteri Besar Selangor itu ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Amirudin yang pernah diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar jika gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, dilantik ke jawatan itu selepas PH-BN memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos lalu.

Istiadat angkat sumpah itu disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Sambil memegang Lembing Sembuana, Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor ke-16 melafazkan 10 ikrar aku janji sebagai Menteri Besar, antaranya memelihara serta menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dan memelihara kedaulatan institusi raja serta mempertahankannya daripada dicemari dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Beliau turut berikrar untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta pada masa sama kepentingan sah kaum lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959, selain memelihara jawatan yang dipegang daripada dicemari dengan perlakuan menyalahi undang-undang.

Pada PRN lepas, Amirudin berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua selama empat penggal berturut-turut sejak mula bertanding di kawasan itu pada 2008.

Beliau menang dengan majoriti 5,185 undi dengan memperoleh 19,678 undi menewaskan calon PN Muhammad Hanif Jamaluddin yang mendapat 14,493 undi dan calon Bebas Suman Gopal (430 undi).

Naib Presiden PKR itu mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar Selangor pada 19 Jun 2018.

Dilahirkan pada 8 Feb 1980 di Pontian, Johor, Amirudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • October 3, 2024
  • 37 views
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

KUALA POLIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan sebanyak 206 akaun milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata,…

  • News
  • September 30, 2024
  • 52 views
PM beri bayangan akan hentikan pemberian subsidi pendidikan kepada golongan kaya

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi kepada anak-anak dari keluarga golongan mahakaya di sekolah. Beliau yang juga menteri kewangan berkata kerajaan mahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia