Speaker Pahang serah notis kekosongan kerusi DUN Pelangi kepada SPR

  • News
  • August 21, 2023

KUANTAN: Speaker DUN Pahang Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya, Johari Harun.

Notis diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang pada 11.20 pagi.

Zamree berkata SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada minggu ini juga.

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata, penyerahan notis itu ialah prosedur ditetapkan sekiranya terdapat mana-mana kerusi DUN kosong, antaranya disebabkan berlaku kematian.

Khamis lalu, penyandang DUN Pelangai, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada PRU15, Johari yang pertama kali bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Sehingga Mei lepas, DUN Pelangai mempunyai 16,475 pengundi berdaftar.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 69 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 60 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH