Peguam Negara Ada Kuasa, Anwar Tegaskan Tak Masuk Campur Kes Ahmad Zahid

  • News
  • September 6, 2023

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dirinya tidak mencampuri urusan Peguam Negara berhubung kes Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disabitkam dengan 47 pendakwaan kes jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Sebaliknya menurut Anwar, Peguam Negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam membuat keputusan sedemikian.

“Jaksa Agung ada ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu. Jadi saya serah kepada wewenang Jaksa Agung kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baru oleh Datuk Seri Zahid.

“Keduanya, dokumen dari Jaksa Agung yang bocor … dan menunjukkan ada pendirian Jaksa Agung (Tan Sri Idrus Harun) menentang pendakwaan pada peringkat awal. Tetapi ini keputusan Jaksa Agung dan saya tak boleh campur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Anwar di Jakarta, malam tadi.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Tan Sri Idrus Harun menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Presiden UMNO itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 4 September lepas telah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) daripada kesemua 47 pertuduhan.

Media melaporkan keputusan itu dibuat selepas Collin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Idrus pula tamat tempoh lantikan kontraknya sebagai Peguam Negara berkuatkuasa semalam, (5 September), dan digantikan dengan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 72 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 61 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH