SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah babit Yayasan Akalbudi – Azam Baki

  • News
  • September 6, 2023

SEPANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata beliau menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat saya untuk menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan dibuat berdasarkan alasan dikemukakan dan diterima oleh mahkamah.

Hakim Sequerah yang membuat keputusan tersebut, menyatakan alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent). – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 15, 2025
    • 26 views
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan. Katanya beliau tidak…

    • News
    • April 9, 2025
    • 85 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM