Anwar tegaskan keperluan sistem kewangan serantau tangani ketidakstabilan ekonomi

JAKARTA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan kepada sebuah sistem kewangan serantau yang mampu menangani ketidakpastian di dalam ekonomi sejagat dan risiko kewangan selain mampu meningkatkan kebebasan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga Ke-26, beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai keterjaminan makanan dan gesaan untuk meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar, terutamanya tumpuan kepada pekebun kecil.

Anwar juga menggesa kerjasama dengan China, Jepun serta Korea Selatan dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset kepelbagaian biologi dan aplikasi.

Beliau juga menyambut baik penerimagunaan Kenyataan Pemimpin ASEAN Campur Tiga terhadap Pembangunan Ekosistem Kenderaan Elektrik.

Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang; Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida; Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan dipimpin Presiden Indonesia, Joko Widodo, lapor Bernama.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang berakhir hari ini. Ia sidang kemuncak pertama beliau dengan rakan dialog ASEAN, iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Coelho

Related Posts

Malaysia catat pertumbuhan 4.2% pada suku pertama 2024

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2% pada suku pertama tahun 2024 (4Q 2023: 2.9%), didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang…

Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi – CEO TRXC

KUALA LUMPUR: Mercu tanda ikonik, Tun Razak Exchange (TRX) yang dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini, dijangka terus menjadi pemacu transformasi dan pemangkin inovasi, keusahawanan selain aspek penciptaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia