Potensi ekonomi wilayah, negeri diperkukuhkan lagi dalam RMK12

KUALA LUMPUR: Potensi ekonomi wilayah dan negeri akan terus diperkukuh bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dalam bidang khusus dengan menggalakkan penerimagunaan teknologi termaju dalam aktiviti huluan dan hiliran.

Berikutan itu, menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi pada Isnin, agensi pembangunan wilayah pada peringkat Persekutuan dan negeri akan digalakkan untuk menyelaras keutamaan pembangunan dengan memanfaatkan keunikan dan sumber yang ada di setiap negeri.

“Di samping itu, penyediaan infrastruktur asas di negeri kurang membangun akan dipertingkat dan program pembangunan bakat akan dipergiat bagi memastikan peluang pembangunan yang saksama dan menambah baik keseimbangan wilayah,” katanya.

Menurut laporan itu, keutamaan akan diberi untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dalam subserantau dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik.

Langkah akan dilaksanakan untuk mempergiat pembangunan wilayah di kawasan pertumbuhan yang berpotensi dan memanfaatkan kerjasama antara agensi Persekutuan dan negeri, katanya.

“Dalam hubungan ini, tumpuan akan diberikan dalam mempercepat pembangunan strategik di kawasan pertumbuhan dan menarik pelaburan berkualiti untuk melonjakkan pertumbuhan wilayah dalam tempoh akhir RMK12,” katanya.

Selain itu, laporan itu menjelaskan, ekosistem perniagaan akan terus ditambah baik untuk mempermudah urusan menjalankan perniagaan dan menarik pelaburan berkualiti.

Program pembangunan bakat pula akan dipergiat untuk mengekalkan tenaga mahir bagi mengelakkan migrasi dan langkah ini akan menggalakkan aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan wilayah yang lebih seimbang.

Agensi pembangunan wilayah pada peringkat Persekutuan dan negeri akan digalakkan untuk menyelaras keutamaan pembangunan dengan memanfaatkan kekuatan, keunikan dan ketersediaan sumber di setiap wilayah.

Usaha akan terus dilaksana untuk menggalakkan penggunaan teknologi termaju dalam aktiviti huluan dan hiliran, katanya.

Menurut laporan itu, pakej insentif juga akan ditambah baik bagi menarik pelaburan, khususnya di kawasan kurang membangun.

Selain itu, zon khas kewangan akan diwujudkan di Iskandar Malaysia bagi menarik pelabur asing dan pekerja berkemahiran untuk menetap di Malaysia, katanya.

Pihak berkuasa koridor akan terus memainkan peranan penting dalam mempercepat pelaburan di wilayah.

Berdasarkan wilayah pula, menjelang 2025, purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi wilayah utara disasarkan mencapai 6.0 peratus, tengah (5.6 peratus), selatan (5.4 peratus), timur (6.1 peratus), Sabah (4.3 peratus) dan Sarawak (5.1 peratus), kata laporan itu. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia