Suspek rempuh anggota JPJ direman 4 hari

PORT DICKSON: Seorang lelaki yang dipercayai merempuh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek 25 tahun yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y125ZR dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya sebelum merempuh Pegawai JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif hingga menyebabkannya cedera.

Kejadian berlaku di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Pegawai berkenaan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan.

Suspek yang ditahan di tempat kejadian, didapati mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan tamat tempoh sejak 2012.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

  • August 27, 2025
Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

  • August 27, 2025
Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh

  • August 21, 2025
YTL Group Lonjak Untung Suku Keempat, Saham Dijangka Kekal Kukuh

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham