Operasi penguatkuasaan kenderaan berat dipertingkat – Allaudeen

  • News
  • September 21, 2023

KUALA LUMPUR: Polis akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dan perdagangan di sekitar ibu negara bermula hari ini, kata Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, pelaksanaan operasi itu susulan kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh 14 kenderaan di Putrajaya semalam mengakibatkan dua penunggang motosikal meninggal dunia.

Katanya, operasi penguatkuasaan ke atas kenderaan berat itu akan lebih tertumpu di semua laluan keluar dan masuk ibu negara dan Putrajaya.

“Mulai hari ini kita tingkatkan operasi ke atas kenderaan berat dan komersial dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) khususnya, di samping operasi harian yang memang sudah dijalankan.

“Operasi ini akan dipertingkatkan di laluan-laluan masuk kerana kemalangan semalam contohnya berlaku di laluan masuk dari Puchong, Selangor,” katanya pada sidang media Op Hormat Undang-undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Hadir pada sidang media itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Dalam kejadian jam 10.14 pagi semalam, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh cedera apabila sebuah treler merempuh 14 kenderaan, termasuk motosikal anggota trafik, di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

Sebelum kejadian, anggota trafik dikatakan memberhentikan kenderaan di lokasi yang mana ia merupakan sebahagian daripada latihan awal untuk persiapan perlumbaan basikal, Le Tour de Langkawi (LTdL).

Allaudeen yang menyifat kemalangan itu sebagai satu tragedi malang berkata, ketika itu aliran trafik tidak sibuk dan anggota bertugas memberhentikan aliran trafik mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya suka ingatkan kepada semua pemandu perlu bertanggungjawab di atas jalan raya dan sentiasa tumpulan perhatian.

“Ini kerana kalau ada sebahagian yang mengambil ringan (undang-undang) dengan bercakap di telefon semasa memandu dan sebagainya ia boleh mengakibatkan kemalangan.

“Malah penggunaan aplikasi navigasi pada telefon pintar boleh mengakibatkan kemalangan kerana dalam keadaan itu (melihat telefon) tindak balas kita menjadi lambat di atas jalan raya,” ujarnya.

Sementara itu, Allaudeen berkata, permohonan reman ke atas pemandu treler berusia 25 tahun itu bagi membantu siasatan akan dilakukan di mahkamah hari ini.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Puspakom) bagi melengkapkan siasatan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 18, 2024
  • 45 views
Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri kes rasuah RM2.8 juta

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkmah Rayuan di sini pada Isnin terhadap tiga pertuduhan rasuah RM2.8…

  • News
  • November 15, 2024
  • 46 views
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Platform perkhidmatan penstriman, Netflix mengumumkan kenaikkan harga langganan untuk pengguna di Malaysia, berkuatkuasa serta-merta. Netflix menaikkan harga pakej Basic kepada RM29.90 sebulan berbanding RM28 sebelumnya. Pakej standard pula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

  • November 21, 2024
Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

  • November 19, 2024
Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

  • November 19, 2024
Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

  • November 19, 2024
MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

  • November 19, 2024
Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta

  • November 19, 2024
BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta