Harga beras dunia turun daripada paras kemuncak

KUALA LUMPUR: Harga beras di pasaran global turun sedikit daripada paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun, demikian menurut CGS-CIMB Research.

Ahli Ekonominya, Nazmi Idrus, berkata, harga beras putih lima peratus hancur Thailand susut kepada AS$612 satu tan pada 20 September, berbanding kemuncak AS$648 satu tan pada 9 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata harga beras masih lagi tinggi berbanding purata pada tahun lalu iaitu AS$437 satu tan.

“Di peringkat domestik, kerajaan telah meningkatkan usaha untuk menjamin kestabilan bekalan dan harga untuk pengguna, termasuk meningkatkan lebih banyak pengeluaran tempatan, membuat pemeriksaan rawak di pemborong dan mengehadkan pembelian peniaga.

“Begitupun, kami merasakan bahawa penarikan larangan eksport oleh India akan menjadi penting untuk menurunkan dengan ketara harga beras global,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Nazmi berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Pengeksport Beras India bahawa jumlah hujan mencukupi dan hasil menuai yang baik bagi musim luruh setakat ini akan meningkatkan situasi bekalan dan membolehkan larangan itu ditarik menjelang Disember ini.

Katanya, Malaysia ketika ini mempunyai stok beras sebanyak 900,000 tan, bersamaan dengan bekalan untuk empat hingga lima bulan.

“Secara keseluruhan, impak kenaikan harga beras masih boleh diabaikan terhadap pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (IHP) memandangkan wajarannya hanyalah 1.1 peratus. Justeru, kami mengekalkan unjuran IHP bagi 2023 pada 2.8 peratus tahun ke tahun dan unjuran bagi 2024 pada 2.5 peratus tahun ke tahun,” kata Nazmi.

Sementara itu, beliau berkata IHP di Malaysia tidak berubah pada 2.0 peratus bulan lalu, dengan IHP teras terus susut pada 2.5 peratus tahun ke tahun berbanding 2.8 peratus pada Julai.

“Harga beras merekodkan pertumbuhan paling tinggi 3.0 peratus, kenaikan tertinggi bagi subkomponen itu sejak 2008. Ini kebanyakannya berikutan larangan eksport oleh India sejak Julai lalu,” katanya.

Nazmi berkata, satu lagi perkembangan adalah kenaikan yang terhad tetapi ketara dari segi kos elektrik iaitu sebanyak 2.0 peratus pada Ogos.

“Kami merasakan ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan berhubung subsidi tarif elektrik lebih bersasar berkuat kuasa Julai lalu yang menyaksikan satu peratus pengguna mencatatkan purata peningkatan 25 peratus bil elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata komponen pengangkutan tidak mencatatkan peningkatan harga pada bulan lalu, namun kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM3.47 seliter berkuat kuasa pada minggu ketiga September.

Katanya, ini adalah kenaikan harga RON97 yang kedua sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya. – BH

Coelho

Related Posts

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia