Isu REE: Sanusi sudah beri keterangan kepada SPRM

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan unsur nadir bumi (REE) di Sik.

Sanusi memaklumkan, proses memberi keterangan dibuat pada Ahad lepas (minggu lalu) bertempat di pejabatnya di Alor Setar.

Beliau berkata, pihak SRPM mengambil keterangan dengan mengemukakan hanya empat soalan berkaitan REE, dan tiada sebarang serahan dokumen dibuat.

“Saya buat kerja (beri kenyataan kepada SPRM) senyap-senyap, kalau tiap-tiap proses agensi semua kena beritahu dalam surat khabar, jahanam kerajaan ini.

“Tak ada serahan dokumen apa, tak ada apa, bagi keterangan biasa. Saya ingat hanya empat soalan saja (ditanya pegawai SPRM. Saya bukan orang jahat nak tanya banyak, saya dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun padan,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Sanusi yang juga ADUN Jeneri, berharap tiada pihak membuat spekulasi negatif mengenai proses keterangan yang diberikannya kepada SPRM kerana kes terbabit masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pada 26 Julai lalu, Muhammad Sanusi memaklumkan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM berkaitan isu REE.

Sebelum itu, pada 20 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Bukit Enggang, Sik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, semua saksi yang dipanggil sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan selain menjangkakan akan ada lagi saksi dipanggil.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat