Maybank dan dua bank lain lanjut pengecualian caj QR Duitnow

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengumumkan bahawa bank itu tiada rancangan untuk mengenakan fi transaksi ke atas vendor yang menggunakan Duitnow QR buat masa sekarang.

“Kami mahu memaklumkan bahawa Maybank tidak melaksanakan sebarang fi berhubung Duitnow

“Yang pasti, semua peniaga boleh terus menggunakan pembayaran QR Duitnow tanpa caj, seperti yang menjadi amalan sekarang. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal kepada peniagam” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Maybank, Public Bank dalam satu kenyataan terdahulu turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, CIMB berkata ia akan mengecualikan caj berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Pengendali platform itu, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

“Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir. Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR,” kata PayNet.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Coelho

Related Posts

Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

KUALA LUMPUR: Kaunter saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Januari 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu. Dalam dagangan sebelum ini, harganya…

Syarikat Penerbangan MASwings sah milik Sarawak

Sarawak telah selesai mengambil alih MASwings Sdn Bhd (MASwings), membuka laluan bagi negeri itu untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. KUALA LUMPUR:…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

  • January 14, 2025
‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

  • January 14, 2025
Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

  • January 14, 2025
Pihak berkuasa pelaburan Abu Dhabi mahu tingkat pelaburan di Malaysia

Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

  • January 13, 2025
Anak Zahid dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPM

Syarikat Penerbangan MASwings sah milik Sarawak

  • January 13, 2025
Syarikat Penerbangan MASwings sah milik Sarawak

Bursa Malaysia dibuka jatuh bawah 1,600 mata

  • January 13, 2025
Bursa Malaysia dibuka jatuh bawah 1,600 mata