Econpile raih kontrak bernilai RM101.34 juta bagi projek SOHO

KUALA LUMPUR: Econpile Holdings Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM101.34 juta daripada Suriamega Development Sdn Bhd untuk projek SOHO di sini.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikatnya Econpile (M) Sdn Bhd meraih kontrak itu bagi kerja-kerja substruktur pembangunan tiga blok pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO).

Projek itu merangkumi masing-masing dua blok SOHO setinggi 50 tingkat dan satu blok SOHO 51 tingkat dengan kemudahan lantai podium serta ruang tempat letak kereta bawah tanah.

“Kerja-kerja bagi projek itu dibahagikan kepada tiga bahagian atau seksyen dengan tarikh mula kerja yang berbeza dan setiap satunya dijadual siap dalam tempoh 18 bulan daripada tarikh mula itu,” katanya.

Menurut Econpile, tarikh mula bagi Seksyen 1 adalah pada 2 Oktober 2023 manakala tarikh bagi dua seksyen lain akan dimuktamadkan kemudian.

Katanya, tarikh mula bagi Seksyen 2 adalah dalam tempoh enam bulan mulai hari ini manakala Seksyen 3 dimulakan dalam enam bulan berikutnya.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif ke atas perolehan hasil dan pendapatan syarikat bagi tempoh mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya,” katanya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital