PAS tidak fail rayuan keputusan petisyen Kemaman

  • News
  • October 3, 2023

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, PAS membuat keputusan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu berhubung keputusan pembatalan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

Beliau berkata, keputusan diambil setelah Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis mengesahkan dalam sesi pengurusan kes melalui sidang video (zoom) pada hari ini bahawa keputusan Yang Arif Hakim dalam kes Petisyen Kemaman adalah sama seperti mana keputusan dalam kes Petisyen Kuala Terengganu.

“Sehubungan dengan itu Pas menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini membatalkan keputusan kemenangan Che Alias yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 91 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 75 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis