Tengku Ibrahim Farihaddin Pengerusi baharu Jetson Berhad

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan bagi sektor pembinaan dan perkilangan, Kumpulan Jetson Berhad mengumumkan pelantikan Dato’ Tengku Ibrahim Farihaddin Dato’ Tengku Feissal, 48, sebagai Pengerusi kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Menurut makluman di Bursa Malaysia, Datuk Teh Kian An, 75, pengasas Kumpulan Jetson yang menguasai 6.10% kepentingan meletak jawatan Pengerusi Eksekutif atas sebab-sebab kesihatan.

Tengku Ibrahim yang merupakan Kerabat Sultan Kelantan, juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi di Koperasi Sri Nilam Berhad sejak tahun 2007 dan Pengarah di kedua-dua Zaman Anggun Sdn. Bhd. dan Anggun Jati Sdn. Bhd. sejak 2012.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif di Malbest Sdn. Bhd. sejak 2022; Pengarah di Anggun Syukur Resources sejak tahun 2022; dan Bendahari di Koperasi Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi Berhad sejak 2018.

Tengku Ibrahim pernah juga pernah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pentadbiran Mechmar Corporation Berhad dari 1999-2000 dan Beel Boiler Industries, PLC di United Kingdom pada tahun 1998-1999.

   Tunku Datuk Nooruddin

Selain itu, Kumpulan Jetson turut mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Nooruddin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin, 59, sebagai Timbalan Pengerusi syarikat.

Tunku Nooruddin memiliki pengalaman luas dalam industri Minyak, Gas & Tenaga termasuk berkhidmat Esso Malaysia Berhad Hilir (Exxon Mobil), di mana beliau berjaya menguruskan pengedaran produk penapisan dan akaun Negara Kerajaan dengan berkesan.

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Reach Energy Berhad dan Baker Hughes INTEQ (BHI) dan anak syarikat lain bagi Baker Hughes Group of Companies di Malaysia yang terlibat dalam aktiviti penerokaan dan pembangunan huluan Minyak & Gas (O&G). 

Tanggungjawab utama beliau adalah untuk memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan yang selamat untuk kedua-dua pengendali O&G tempatan dan antarabangsa di Malaysia. 

Sebagai penyedia perkhidmatan berlesen PSC kepada Petronas, beliau turut menyelia penglibatan BHI Malaysia dalam aktiviti antarabangsa.

Beliau kini merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Reneuco Berhad.

Datuk Mohd Efendi Omar

Lantikan ketiga adalah ialah Datuk Mohd Efendi Omar, 40, sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi di Media Prima Berhad sejak 2020.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 99 Media & Advertising Sdn. Bhd. dari tahun 2014 hingga tahun 2020 dan sebagai Pengurus Besar Kamal Nasir Holdings dari tahun 2007 hingga tahun 2014. 

Selain itu, Datuk Mohd Efendi juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tahun 2021.

Coelho

Related Posts

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

KUALA LUMPUR (3 Okt): Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB) — syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd (60%) dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (40%) — telah memeterai perjanjian…

Systech lantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR (1 Okt): Systech Bhd telah melantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2025, dalam usaha memperkukuh hala tuju strategik kumpulan penyedia rumusan teknologi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah