BNM dijangka kekalkan kadar OPR

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengelak kejutan pasaran atau menghimpit ekonomi.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata semua petunjuk mencadangkan bahawa kadar yang lebih tinggi tidak diperlukan, sementara inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi telah tenang.

Menurut beliau, pasaran perumahan dan kewangan suka apabila kadar jatuh, tetapi tidak menyukai kejutan dan keputusan untuk tidak melaraskan kadar telah dijangka secara meluas.

“Memandangkan bank adalah antara yang pertama di dunia yang mula menaikkan kadar dalam kitaran ini, Malaysia dapat mengatasi inflasi tanpa kemelesetan. Itu telah memberi manfaat kepada pasaran perumahan,” ujar beliau.

Beliau berkata, terdapat gesaan untuk BNM meningkatkan OPR bagi membantu membendung kejatuhan ringgit berikutan ringgit telah jatuh rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Jelasnya, kadar faedah adalah lebih rendah di Malaysia berbanding di AS, justeru ramai pelabur memindahkan wang mereka ke Amerika untuk pulangan tunai dan bon yang lebih tinggi.

“Dengan meningkatkan OPR, bank berharap dapat membantu ringgit mendapatkan semula sebahagian daripada nilainya. BNM mungkin masih melakukan ini pada 2024,” tambahnya.

Ansari berkata kewangan isi rumah dan pekerjaan yang kukuh adalah dua petunjuk yang dilihat untuk menilai bagaimana permintaan perumahan berkemungkinan menjadi trend dan kedua-duanya dalam keadaan baik.

“Keputusan BNM untuk mengekalkan OPR pada bulan ini akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi semasa dan membantu lebih ramai orang mampu membeli rumah mereka sendiri, yang merupakan kunci kepada keterjaminan ekonomi.

“Pada 2024, jika Rizab Persekutuan AS terus mengekalkannya rejim kadar faedah ‘lebih tinggi untuk lebih lama’, BNM akan menghadapi lebih banyak tekanan untuk menaikkan kadar dan membendung kejatuhan ringgit,” ulas beliau.

Coelho

Related Posts

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

SINGAPURA: Pengasas sebuah syarikat perdagangan minyak Singapura yang gagal telah dijatuhi hukuman penjara hampir 18 tahun, kerana menipu gergasi perbankan HSBC berjuta-juta dolar dalam salah satu kes penipuan paling serius…

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

KUALA LUMPUR: MMAG Holdings Bhd (MMAG) telah diberikan surat pengecualian oleh Bursa Securities daripada diklasifikasikan sebagai syarikat tersenarai di bawah Nota Panduan 3 (GN3). Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMAG…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

  • November 21, 2024
Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

  • November 19, 2024
Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

  • November 19, 2024
Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

  • November 19, 2024
MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

  • November 19, 2024
Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta

  • November 19, 2024
BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta