Model terbaharu Proton S70, kini dibuka untuk tempahan

  • Auto
  • November 1, 2023

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, PROTON secara rasmi melancarkan S70 dari barisan pengeluarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata, pelanggan boleh membuat tempahan di semua cawangan PROTON bermula hari ini, dengan bayaran sebanyak RM500.

Beliau berkaya, S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambah ke barisan model PROTON sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.

“Proton S70 mencatatkan babak baharu bagi PROTON kerana kembali ke pasaran sedan keluarga dengan model yang menjadi evolusi seterusnya bagi model sedan kami.

“Dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi klac berkembar, kami mempunyai harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat PROTON yang sedia ada dan yang baharu, serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Proton Wira, Waja, dan Prevé,” kata Chunrong dalam satu kenyataan.

Menyusul jejak Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid ringan, Proton S70 akan menjadi model Proton baharu keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely.

Ia juga model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun ini.

Sebelum pelancaran rasmi, pra-tinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula dari 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.

Chunrong berkata, upacara penyerahan itu adalah satu lagi langkah penting bagi PROTON dalam usaha bersama DRB-HICOM dan Geely untuk menjadikan Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif nasional.

Katanya, sejak 2019, syarikat telah melabur lebih dari RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di sini dengan membina garisan perakitan enjin baharu, bengkel hentakan panel baharu, serta barisan perakitan baharu.

“Ini memberi harapan yang baik untuk masa depan syarikat, kerana kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian penawaran untuk merangkumi lebih banyak kenderaan tenaga baharu (NEV) dan juga kenderaan elektrik (EV),” katanya.

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • October 24, 2024
  • 120 views
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 404 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

  • November 22, 2024
Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

  • November 22, 2024
Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

  • November 21, 2024
Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

  • November 19, 2024
Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

  • November 19, 2024
Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

  • November 19, 2024
MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3