Anggota penguatkuasa ditahan SPRM disyaki minta habuan seks

  • Kes
  • November 10, 2023

JOHOR BAHRU: Seorang anggota agensi penguatkuasaan di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta habuan seks sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita yang gagal melapor diri atas kesalahan dadah.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan SPRM ketika bersama wanita berusia 20-an itu dalam operasi khas di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan reman empat hari bermula hari ini hingga Isnin ini bagi siasatan lanjut.

Permohonan reman dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Chai Ing Hien, selepas dikemukakan SPRM, pagi tadi.

Wanita berkenaan dipercayai gagal melapor diri secara bulanan kepada agensi penguatkuasaan berkenaan dan suspek dikatakan meminta habuan seks bagi mengelak mangsa dikenakan tindakan.

“Wanita berkenaan pernah ditahan atas kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan dua tahun di sebuah agensi penguatkuasaan di Johor Bahru,” lapor BH memetik sumber.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 214 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 188 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025