Sime Darby dijangka untung RM2 bilion jual hospital kepada Columbia Asia

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd dijangka memperoleh keuntungan penjualan bersih kira-kira RM2 bilion bagi 50% kepentingannya dalam Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (RSDH).

Ia susulan cadangan penjualan 100% kepentingan dalam pengendali perkhidmatan penjagaan kesihatan itu (RSDH) itu kepada Columbia Asia Healthcare Sdn Bhd (Columbia Asia) pada harga RM5.7 bilion.

Jumaat lalu, Sime Darby menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sime Darby Holdings (SDHB) memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) bersama Columbia Asia bagi menjual kepentingan dalam RSDH, sekali gus membolehkan ia keluar daripada perniagaan penjagaan kesihatan.

RSDH adalah usaha sama 50:50 antara Sime Darby dan Ramsay Health Care Limited (Ramsay).

TA Securities dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya tidak terkejut dengan berita penjualan itu kerana pelbagai pihak telah menunjukkan minat mengambil alih RSDH selepas IHH Healthcare Bhd (IHH) menamatkan rancangannya untuk mengambil alih perniagaan itu pada harga RM5.67 bilion.

Ia berkata, nilai enterpris/pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EV/EBITDA) tersirat yang diwakili oleh cadangan pelupusan dari Columbia Asia mencapai 20.1 kali, yang secara relatifnya tinggi berbanding penyedia penjagaan kesihatan tersenarai lain di Malaysia, tetapi setanding kepada beberapa rakan hospital Asia Tenggara terpilih.

“Sime Darby dijangka mengiktiraf keuntungan pelupusan bersih kira-kira RM2 bilion bagi 50% kepentingan,” katanya.

TA Securities berkata, sumbangan keuntungan daripada RSDH kepada Sime Darby hanya lima peratus pada tahun kewangan 2023, iaitu nilai yang agak kecil kepada keuntungan keseluruhan kumpulan.

Ia berkata, konglomerat itu mempunyai tunai RM3.1 bilion, dan menurut pihak pengurusan, penggearan atau nisbah hutang bersih kumpulan akan berkembang kepada kira-kira 0.8 kali selepas pengambilalihan UMW Holdings Bhd dan Cavpower Group.

Katanya, hasil pelupusan akan membantu mengurangkan nisbah penggearan Sime Darby dan menyediakan ruang pinjaman untuk kumpulan.

Jelasnya, lebih penting lagi, pihaknya percaya penciptaan nilai jauh melebihi impak kehilangan pendapatan daripada perniagaan penjagaan kesihatan.

Aktiviti utama RSDH ialah dalam pengurusan hospital dan penyediaan perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan.

Ia mengendalikan empat hospital di Malaysia dan tiga hospital di Indonesia.

Pelupusan dijangka selesai pada suku ketiga tahun kewangan 2024 dan tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Kajian Pelaburan Asing (FIRB) Australia.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam satu nota penyelidikan juga yakin langkah itu tepat pada masanya untuk menangani kebimbangan mengenai peningkatan tahap kadar hutang Sime Darby susulan pembelian ke atas Onsite Rental Group Ltd (RM1.9 bilion), Cavpower (RM1.5 bilion) dan 61.% dalam UMW pada RM5.8 bilion.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd pula berpandangan nilai penjualan itu adalah saksama pada kira-kira 20 kali nilai perusahaan kepada keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasannya.

“Walau bagaimanapun, kami tidak mengubah unjuran pendapatan Sime Darby yang telah kami tetapkan kerana penjualan itu akan memberi kesan minimum kepada keuntungannya.

“Kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap Sime Darby dengan harga sasaran berdasarkan penilaian analisis bahagian (SOP) tidak berubah iaitu RM2.37,” tambahnya.

Coelho

Related Posts

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas LNG Ltd, telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) jangka panjang selama 20 tahun dengan syarikat…

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 – Kemunculan Irelia Management Sdn Bhd sebagai pemegang saham utama baharu Parkson Holdings Bhd telah mencetuskan lonjakan ketara dalam harga saham syarikat peruncitan itu, namun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital