Ringgit naik sedikit kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi dagangan Isnin meskipun permintaan yang sederhana untuk mata wang tempatan.

Pada 9.21 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6785/6825.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berpendapat ringgit dijangka mempamerkan prestasi yang lebih baik hari ini selepas data utama yang dikeluarkan di AS minggu lalu menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin mengamalkan pendirian monetari yang lebih akomodatif pada masa hadapan.

“Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan semerta pada RM4.6611 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ambank Research dalam satu nota penyelidikannya menyatakan ringgit mengukuh berikutan keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang diumumkan Jumaat lalu adalah lebih baik.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi negara berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga daripada 2.9 peratus pada suku kedua, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Pada 9.21 pagi, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.1006/1060 daripada penutup Jumaat 5.0771/0814, susut berbanding pound Britain menjadi 5.8282/8344 daripada 5.8056/8105 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1273/1309 daripada 3.1267/1296 sebelum ini.

Mata wang tempatan juga kebanyakan rendah berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.2 daripada 301.9/302.3 tetapi lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4823/4863 daripada 3.4769/4801 pada Jumaat.

Ringgit turut rendah berbanding baht Thai kepada 13.3402/3609 daripada 13.3298/3481 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.40/8.41

  • BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis