Ringgit melonjak kepada RM4.64 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, mengambil manfaat daripada kelemahan berterusan nilai mata wang Amerika Syarikat.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus disokong dengan baik apabila Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.43 peratus kepada 103.472 mata.

Pada 9.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.6445/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6705 pada penutup Isnin.

Mohd Afzanizam berkata lelongan untuk tiga bulan dan enam bulan Perbendaharaan AS memperlihatkan hasil yang lebih rendah, masing-masing kepada 5.27 peratus dan 5.23 peratus.

“Justeru, mata wang tempatan dijangka diniagakan lebih hampir kepada paras sokongan semertanya iaitu pada paras RM4.6611 berbanding dolar AS,” katanya.

Pada 9.21 pagi, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan lebih tinggi berbanding euro kepada 5.0843/0904 daripada 5.0999/1053 pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8107/8176 daripada 5.8314/8377 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1380/1409 daripada 3.1456/1491.

Ringgit juga tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 300.6/301.2 daripada 302.0/302.5 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4733/4777 daripada 3.4817/4857.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding baht Thai kepada 13.2450/2679 daripada 13.2784/2987 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.41 daripada 8.40/8.41. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 312 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH