Terowong TRX dibuka pada 29 November ini

KUALA LUMPUR: Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 November ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan terowong itu dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30%.

Nanta berkata, terowong TRX yang mempunyai akses langsung kepada Jalan Tun Razak serta Terowong SMART akan membentuk satu pusingan dan memudahkan kenderaan keluar dan masuk dari kawasan pembangunan TRX.

“Dengan mengelakkan jalan raya yang sibuk, kenderaan yang menuju ke TRX tidak akan menambah kepada jumlah trafik sedia ada di jalan-jalan sekitarnya.

“Kenderaan yang masuk ke TRX melalui terowong pusingan ini akan terus ke tempat letak kenderaan di bawah bangunan dalam kawasan itu,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Terowong TRX yang dibina oleh Gadang Engineering (M) Bhd dan WCT Berhad, terdiri daripada dua aras dikhaskan untuk lalu lintas kenderaan dan satu aras bagi perkhidmatan utiliti.

Bagi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan TRX, Waze Beacon dipasang dalam terowong untuk menjamin navigasi tanpa gangguan di dalam kawasan tersebut.

Nanta berkata, rangkaian jalan raya terowong TRX akan menghubungkan kawasan TRX kepada 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib berkata, pembinaan terowong bawah tanah merupakan sebahagian penting daripada pelaburan RM3 bilion yang ditumpukan kepada pembangunan infrastruktur penting untuk TRX.

Katanya, walaupun TRX dirancang sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa, ia turut direka untuk berfungsi sebagai sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD).

“Kami percaya kami telah berjaya mencipta ekosistem bertaraf dunia dengan menggabungkan piawai kelestarian kami, ruang awam yang menarik, dan ketersambungan yang luar biasa,” katanya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat