Wahab alami kemurungan melampau, tak hadir beri keterangan

  • Kes
  • November 27, 2023

PETALING JAYA: Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani dilaporkan mengalami kemurungan dan sedang mendapatkan rawatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya Faizal Rahman yang berkata keadaan ini menyebabkan anak guamnya terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan polis untuk memberikan keterangan.

Polis sepatutnya merakam keterangan Wahab semalam, berhubung video tidak senonoh didakwa memaparkan Wahab dan bekas ketua pengarah J-Kom Agus Yusoff.

Bagaimanapun, janji temu itu terpaksa dibatalkan kerana Wahab mengalami kemurungan melampau, kata Faizal.

“Pada asalnya, tarikh (Wahab memberi keterangan) ditetapkan semalam (Ahad) tetapi atas faktor kesihatan, beliau tidak dapat (berbuat demikian).

“Wahab mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan,” kata Faizal.

“Saya telah berikan komitmen kepada pihak polis (bahawa) dalam minggu ini Wahab akan berikan keterangan.”

Terdahulu, Berita Harian melaporkan pihak polis tidak dapat menghubungi Wahab dan telefon bimbitnya dimatikan, memetik Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Menjawab dakwaan itu, Faizal berkata, ini hanya salah faham kerana beliau sentiasa berhubung dengan polis.

Terdahulu dilaporkan Wahab mendakwa beliau didesak oleh seorang individu bergelar “Mr H” untuk merakam panggilan videonya dengan Agus. Bagaimanapun, kata Wahab, video itu kemudiannya disunting dan disebarkan dalam talian.

Susulan itu, polis merakam keterangan beberapa individu, termasuk Agus dan seorang lelaki dikatakan sebagai “Mr H”. Bagaimanapun, pihak polis memerlukan Wahab untuk mengesahkan identiti lelaki tersebut.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN