Ter Leong Yap Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp. baharu

PUTRAJAYA: Tan Sri Datuk Ter Leong Yap dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRD Corp.

Perlantikan itu diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam satu kenyataan media hari ini.

Tokoh perniagaan itu mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pelbagai industri. 

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia, Ter berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya. 

“Selain aktif dalam bidang perniagaan, beliau juga lantang memperjuangkan isu perpaduan nasional dan kebajikan sosial masyarakat. 

“Atas sumbangan beliau, Tan Sri Datuk Ter telah dinobatkan sebagai Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti (JPNIN) bagi tahun 2016,” katanya dalam kenyataan itu. 

Tambah kenyataan itu lagi, Ter kini adalah Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad yang mana bawah kepimpinan beliau, Sunsuria Berhad telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil kepada syarikat besar dalam industri pembangunan hartanah, kesihatan, pendidikan, pembinaan dan banyak lagi.

“Selain itu, beliau juga telah membawa Sunsuria untuk disenaraikan dipasaran saham Bursa Malaysia,” tambahnya.

Menteri Sumber Manusia turut mengalu-alukan Tan Sri Datuk Ter sebagai Pengerusi lembaga pengarah HRD Corp. 

“Pelantikan ini semestinya akan memberi nilai tambah kepada HRD Corp dan membawa organisasi ini ke tahap yang lebih tinggi dalam meneraju agenda pembangunan modal insan negara,” jelasnya. 

Coelho

Related Posts

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

KUALA LUMPUR: Symphony Life Berhad (“SymLife”), mengumumkan pelantikan Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 26 Mac 2025. Pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan warisan lebih enam dekat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO