Dana Aman Palestin yang dibeku tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan selesai – Azam Baki

  • Kes
  • December 1, 2023

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan terhadap akaun Aman Palestin ketika ini adalah serius kerana membabitkan kepentingan awam.

Justeru, dana yang dibeku ketika ini tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan diselesaikan agensi itu.

“Berhubung akaun Aman Palestin yang dibekukan, SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menggesa, SPRM untuk membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.

Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai penderitaan penduduk akan bertambah menjelang musim sejuk, selepas berdepan serangan dan kekejaman Israel.

Jelas Azam, dalam isu berkenaan, SPRM tidak boleh begitu sahaja mengeluarkan dan itu sehingga semua siasatan selesai termasuklah penjelasan diperolehi berhubung penggunaan terhadap derma awam berjumlah jutaan ringgit.

Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan terhadap Aman Palestin perlu dijadikan teladan bagaimana derma awam sedemikian digunakan.

“Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah utama, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam.

“Ia berkemungkinan akan menjadi contoh bagaimana derma awam boleh dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Pada 23 November lalu, SPRM mengesahkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.00 hasil siasatan yang dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menyiasat dakwaan salah guna wang sumbangan orang ramai.

SPRM turut melakukan penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

Selain itu, SPRM turut merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting bagi siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) serta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN