Datasonic catat pendapatan RM172 juta tertinggi pada 1HFY24

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Berhad telah merekodkan pendapatan tertinggi baharu bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (1HFY24) berjumlah RM172 juta, meningkat 9.1% daripada RM157.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, penyedia penyelesaian ICT bersepadu berkaitan keselamatan di Malaysia itu berkata peningkatan tersebut didorong oleh bekalan pasport, kad pintar dan perkhidmatan tersuai yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, keuntungan bersih kumpulan pada tempoh dalam tinjauan meningkat kepada RM37.2 juta berbanding RM36.9 juta setahun lalu.

Datasonic mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 0.6 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen sesaham bagi tempoh kewangan semasa kepada 1.2 sen.

Pengerusi Eksekutif Datasonic, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkata melangkah ke separuh kedua tahun kewangan 2024, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelan strategik sementara melaksanakan pendekatan berhemat, sambil merebut peluang di hadapan untuk mengembangkan lagi perniagaan.

“Permintaan sihat untuk pasport adalah berterusan, yang kami jangka kekal kukuh terutamanya pada suku akhir 2023.

“Kami mengekalkan keutamaan dalam memastikan penghantaran berterusan, tepat pada masanya dan berkualiti tinggi kepada pelanggan bagi memenuhi permintaan awam yang tinggi,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut memaklumkan bahawa penghantaran kad pekerja asing (i-Kad) telah mendapat daya tarikan menggalakkan sejak penggunaannya bermula pada Ogos 2023.

Bagi suku semasa dalam tinjauan, pendapatan berjumlah RM87.2 juta berbanding RM93.6 juta pada 2QFY23, disebabkan oleh penghantaran kad pintar, pasport dan perkhidmatan tersuai yang lebih rendah.

Hasilnya, keuntungan bersih 2QFY24 mencapai RM18.1 juta berbanding RM24.9 juta pada tahun sebelumnya.

Coelho

Related Posts

Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat yang dikaitkan dengan taikun balak dan media Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King memperoleh 13.75% pegangan dalam Borneo Edible Oils Sdn Bhd (BEO) daripada dua syarikat…

MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) menarik diri daripada konsortium diketuai Berjaya Rail Sdn Bhd (Berjaya Rail), untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG). Dalam satu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

  • December 20, 2024
Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

  • December 19, 2024
Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

Rosmah lepas dan bebas 17 pertuduhan

  • December 19, 2024
Rosmah lepas dan bebas 17 pertuduhan

Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

  • December 19, 2024
Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

  • December 19, 2024
MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

SPRM sahkan siasatan 1Bestarinet selesai, tiada pertuduhan terhadap YTL Comms

  • December 18, 2024
SPRM sahkan siasatan 1Bestarinet selesai, tiada pertuduhan terhadap YTL Comms