Ringgit jatuh kepada RM4.66 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6670/6720 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada penutup Khamis.

Petunjuk inflasi Rizab Persekutuan AS dilaporkan terus turun pada bulan Oktober, menyaksikan perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) dan inflasi PCE teras masing-masing susut kepada 3.0 peratus dan 3.5 peratus.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ini menunjukkan dasar monetari AS yang ketat telah memberikan kesan yang wajar terhadap inflasi.

“Malah, ini mungkin memberi isyarat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menghentikan kempen kenaikan kadarnya,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh dua tahun dan 10 tahun lebih tinggi semalam, begitu juga dengan Indeks Dolar AS (DXY).

Justeru, ringgit berbanding dolar AS diunjur diniagakan melepasi paras sokongan serta-merta RM4.6611 berikutan kenaikan dolar AS, kata Mohd Afzanizam.

Pada awal dagangan pagi ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.9014/9077 daripada 5.8941/8998 pada Khamis.

Nilai mata wang tempatan meningkat berbanding euro pada 5.0889/0943 daripada 5.0918/0967 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1594/1630 daripada 3.1601/1634 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit agak rendah dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.8/301.3 daripada 300.3/300.8 semalam (Khamis).

Ringgit rendah sedikit berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.39/8.41, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4927/4967 daripada 3.4883/4920 dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.2555/2765 daripada 13.2335/2546 sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 305 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan