SCIB perjelas Mohd Karim, Rosland Othman tiada lagi di syarikat itu

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) berkata dua bekas ahli lembaga pengarah, Datuk Dr Ir. Ts. Mohd Abdul Karim Abdullah dan Rosland Othman, yang ditegur dan didenda Bursa Malaysia baru-baru ini bukan lagi sebahagian daripada syarikat.

Pada 1 Disember 2023, Bursa Malaysia telah menegur SCIB dan dua pengarahnya, Datuk Dr Ir. Ts. Mohd Abdul Karim Abdullah dan Rosland Othman, yang telah meletak jawatan sebelum teguran berkenaan.

Mohd Abdul Karim merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan bersara pada 8 Disember 2022, manakala Rosland ialah Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif sebelum meletak jawatan pada 28 Jun 2023.

Syarikat pakar sistem bangunan perindustrian itu berkata ia mengambil maklum teguran Bursa Malaysia Securities, yang secara khusus ditujukan kepada dua bekas ahli lembaga pengarah atas pelanggaran berhubung Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Menurut syarikat itu, penyerahan lewat Laporan Tahunan SCIB 2021, terutamanya disebabkan oleh kerumitan dalam mengaudit kontrak pembinaan di luar negara, menekankan aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam proses pelaporan kewangan.

Tambahnya, perkara itu dirumitkan lagi dengan peletakan jawatan juruaudit luar pada saat akhir. SCIB sejak itu telah mengambil langkah penting untuk memastikan kelewatan dan cabaran sedemikian tidak berulang.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Ku Chong Hong berkata syarikat itu mengambil tanggungjawab untuk pematuhan dan tadbir urus korporat dengan sangat serius.

“Cabaran baru-baru ini adalah peluang pembelajaran, yang membawa kepada kawalan dalaman dan proses audit yang lebih kukuh.

“Ahli lembaga pengarah baharu kami telah memainkan peranan penting dalam pemulihan ini, memastikan SCIB bukan sahaja mematuhi tetapi melebihi piawaian yang diharapkan oleh pengawal selia dan pemegang kepentingan kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SCIB berkata ia kekal komited untuk mengekalkan komunikasi yang telus dan terbuka dengan semua pihak berkepentingan dan yakin dengan laluan syarikat ke hadapan sebagai peneraju dalam industri, berpandukan prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan.

Coelho

Related Posts

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH