Bursa Malaysia diniaga dalam jajaran terhad

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan dalam julat yang sempit pada urus niaga pagi Selasa, mengambil petunjuk daripada pergerakan di Wall Street menjelang mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk tahun ini pada minggu depan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.42 mata kepada 1,450.60 daripada penutup Isnin iaitu 1,451.02.

Indeks utama dibuka 0.11 mata lebih tinggi pada paras 1,451.13.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 167 berbalas 106, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 140.98 juta unit bernilai RM48.22 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung terutamanya dalam saham syarikat teknologi besar.

“Selain itu, kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai peningkatan konflik antara Israel dan Palestin berpotensi mengganggu prospek Timur Tengah dan ini boleh menyebabkan harga minyak mentah melonjak dan menjurus kepada meningkatnya inflasi,” katanya.

Pemain pasaran juga memantau dengan teliti data pekerjaan AS minggu ini, yang masih akan mempengaruhi keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan.

Mesyuarat FOMC terakhir tahun ini akan diadakan pada 12-13 Disember.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank susut 18 sen kepada RM19.04, CelcomDigi lemah dua sen menjadi RM4.18 dan Tenaga Nasional turun empat sen untuk mencatatkan harga RM9.94.

CIMB menokok lima sen kepada RM5.83 dan Press Metal lebih tinggi sebanyak tiga sen kepada RM4.83.

Bagi kaunter paling aktif, CSH Alliance meraih setengah sen kepada 5.5 sen manakala Leform, Panda Eco dan MMS Ventures kesemuanya kekal, masing-masing pada 33.5 sen, 24 sen dan 55 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 1.49 mata pada 10,684.91 dan Indeks FBM 70 meningkat 1.03 mata kepada 13,984.05.

Indeks FBMT 100 susut 2.11 mata kepada 10,352.06, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 5.46 mata kepada 10,816.46 dan Indeks FBM ACE turun 14.10 mata kepada 5,101.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 5.71 mata kepada 16,370.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.24 mata kepada 170.51, manakala Indeks Tenaga turun 1.18 mata menjadi 811.03 dan Indeks Perladangan lemah 11.38 mata kepada 6,971.84. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • September 25, 2024
  • 76 views
Ringgit terus meningkat, RM4.14 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi. Keadaan ini disumbangkan…

  • Pasaran
  • September 5, 2024
  • 147 views
Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia