UMW jual tanah di Serendah kepada PERODUA dengan nilai RM52.27 juta

KUALA LUMPUR: UMW Development Sdn Bhd (UMWD) anak syarikat UMW Holdings Bhd bercadang menjual tanah pegangan pajakan perindustrian 22.22 ekar dalam UMW High Value Manufacturing Park di Serendah, Selangor kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UMWD menjual tanah pada harga tunai RM52.27 juta.

Kumpulan itu dijangka memperoleh keuntungan RM6 juta hasil penjualan itu.

UMW memiliki 38% kepentingan dalam PERODUA menerusi satu lagi anak syarikat milik penuh, UMW Automotive Sdn Bhd.

UMW berkata, hasil daripada penjualan tanah berkenaan akan digunakan bagi tujuan modal kerja.

“Selain manfaat transaksi penjualan tanah ini kepada UMWD, UMW Group juga akan mendapat manfaat daripada sumbangan masa hadapan PERODUA dengan membangun serta menggunakan tanah itu bagi tujuan strategik, di mana secara kewangannya, 38 peratus akan dikongsi dalam UMW Group,” kata kumpulan itu.

Coelho

Related Posts

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH