PROTON tingkat prestasi pusat perkhidmatan seluruh negara melalui inisiatif kecemerlangan operasi

  • Auto
  • December 13, 2023

KUALA LUMPUR: PROTON melancarkan inisiatif Kecemerlangan Operasi PROTON (POE), strategi teliti bertujuan meningkatkan prestasi pusat perkhidmatan di seluruh negara dengan memupuk kepercayaan terhadap komitmen jenama kereta nasional itu terhadap kecemerlangan.

Bermula dengan 13 cawangan perintis, inisiatif POE akan disepadukan secara progresif ke semua cawangan 3S dan 4S di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah, berkata pendekatan berperingkat ini menekankan komitmen PROTON terhadap pelaksanaan yang sistematik, memastikan kecemerlangan operasi di setiap titik sentuh pelanggan.

“Kami di PROTON berdedikasi untuk memastikan tahap perkhidmatan premium untuk setiap pelanggan, daripada langkah pertama mereka ke dalam premis pengedar, melalui proses pembelian dan semasa lawatan perkhidmatan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata, PROTON telahpun mengalami transformasi besar, dengan rasionalisasi rangkaian dan pengembangan gudang alat ganti.

“Rasionalisasi rangkaian komprehensif kami memastikan liputan optimum. Sebagai rangkaian 3S/4S terbesar terdiri daripada 155 cawangan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai dan melebihi jangkaan pelanggan,” katanya.

Tambah beliau, peningkatan kapasiti gudang PROTON telah mengurangkan masa penghantaran dengan ketara iaitu sekurang-kurangnya 30%, membolehkannya menyimpan lebih banyak alat ganti, menyelaraskan pemprosesan pesanan, mengendalikan penghantaran ke luar negara, dan mengekalkan stok barangan kritikal yang lebih besar untuk pembaikian kereta pelanggan yang lebih cepat.

“Ini cara kami untuk mengatakan kami di sini untuk anda, bersedia untuk memastikan anda berada di jalan raya dengan gangguan yang minimum.

“Kami telah membuka dua gudang baharu secara strategik di Semenanjung Malaysia, bersama dengan gudang baharu di Malaysia Timur, Kuching dan tidak lama lagi akan dilancarkan di Kota Kinabalu untuk memenuhi permintaan dan bekalan alat ganti di wilayah itu,” katanya.

Sementara itu, POE melambangkan inisiatif asas, mencerminkan dedikasi PROTON terhadap kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan selepas jualan.

Bidang tumpuan termasuk pematuhan kepada proses perkhidmatan berkualiti tinggi, kecekapan juruteknik, integrasi Sistem Pengurusan Pengedar (DMS) yang bakal dilancarkan, dan memupuk kepercayaan terhadap jenama.

Strategi termasuk mendapatkan tarikh servis pilihan dan menyelaraskan proses perkhidmatan dengan keperluan pelanggan, pembangunan juruteknik juga merupakan teras kepada POE, dengan program latihan yang komprehensif memastikan peningkatan kemahiran yang berterusan.

Inisiatif ini melengkapkan juruteknik dengan pengetahuan lanjutan, mengekalkan mereka di barisan hadapan dalam teknologi automotif untuk penyelesaian isu yang cekap.

Coelho

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah