Pemisahan Kementerian Komunikasi dan Digital, langkah strategik kerajaan

KUALA LUMPUR: Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Digital kepada dua kementerian berbeza adalah langkah strategik yang menekankan komitmen kerajaan untuk mengutamakan transformasi digital dan kemajuan komunikasi, kata Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX) Chiew Kok Hin.

“Dua kementerian baharu ini membawa implikasi yang ketara kepada landskap digital Malaysia termasuk mempercepatkan transformasi digital menerusi penubuhan Kementerian Digital yang berdedikasi,” kata Kok Hin.

Beliau menyambut baik pelantikan Gobind Singh Deo sebagai Menteri Digital dan Datuk Ugak Anak Kumbong sebagai Timbalannya dan berkata pengalaman luas dan kepimpinan mereka berdua dalam teknologi dan komunikasi akan memacu inisiatif tambahan untuk memupuk inovasi tempatan, celik digital selain memastikan faedah diperoleh daripada digital boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Malaysia boleh terus merapatkan jurang digital dan mewujudkan peluang untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial yang berterusan dengan menggalakkan kemasukan dan kebolehcapaian digital, katanya.

“Ini selaras dengan jangkaan bahawa Ekonomi Digital Malaysia akan menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang tahun 2025 dan muncul sebagai enjin pertumbuhan strategik untuk negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi yang diketuai oleh Menterinya Fahmi Fadzil dan Timbalannya Teo Nie Ching akan terus memastikan infrastruktur komunikasi Malaysia termasuk telekomunikasi dan penyiaran mendapat perhatian khusus.

Perkara berkenaan adalah penting untuk mengekalkan ekosistem digital yang kukuh dan boleh dipercayai, ia adalah asas untuk pertumbuhan ekonomi dan daya saing, katanya.

“Pertukaran Internet adalah komponen kritikal dalam infrastruktur Internet yang memudahkan pertukaran trafik Internet antara rangkaian yang berbeza dan ISP,” katanya.

MyIX, inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah satu-satunya badan pertukaran Internet nasional bukan keuntungan yang dikendalikan oleh industri bukan untung dan neutral yang menghubungkan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) tempatan dan pembekal kandungan.

Ia berfungsi sebagai platform peering, bermaksud ISP dan penyedia kandungan boleh menyambung dan bertukar-tukar trafik dengan lebih cekap, mengurangkan keperluan data untuk merentasi laluan jarak jauh. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM