SKL, MTDC meterai MoU projek lebuh raya bertingkat sepanjang Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat yang dicadangkannya kepada kerajaan.

Dalam satu kenyataan, SKL berkata, ia dalam proses mendapatkan kelulusan akhir membabitkan cadangan bagi membina, memiliki serta mengendalikan projek itu sebagai satu konsesi.

“Cadangan lebuh raya sepanjang 53 kilometer itu meliputi kawasan di sepanjang Sungai Klang di Lembah Klang yang bakal disepadukan dengan rangkaian lebuh raya sedia ada.

“Ia akan turut menggabungkan tujuh persimpangan yang dicadangkan bermula di Klang dengan persimpangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Pantai Baru 2 (NPE 2).

“Infrastruktur yang direka secara strategik ini akan meningkatkan ketersambungan dan akses di wilayah ini,” menurut SKL.

Syarikat itu juga menyifatkan kerjasama dengan MTDC akan mengukuhkan lagi usaha memacu pembangunan serta pembinaan infrastruktur lebuh raya bertingkat inovatif yang disasarkan olehnya.

“Pada masa sama, ia juga memberi takrifan semula infrastruktur pengangkutan dan meletakkan asas untuk masa depan yang progresif serta saling berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MTDC, anak syarikat Kumpulan MTD akan menyumbang dari segi pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya kepada pembangunan projek lebuh raya yang dicadangkan itu.

Sokongan MTDC akan merangkumi fasa perancangan, pembinaan dan menyiapkan lebuh raya berkenaan, manakala Kumpulan MTD menyumbang kepakaran komprehensifnya yang meliputi aspek perkhidmatan, tenaga kerja, bahan dan peralatan.

Tumpuan khusus akan diberikan kepada aspek pengurusan operasi lebuh raya dan penyelenggaraan projek berkenaan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH