Ibubapa jangan tipu pendapatan semata-mata mahu anak masuk MRSM – Asyraf Wajdi

  • News
  • December 20, 2023

KUALA LUMPUR: Ibubapa diingatkan tidak menipu status pendapatan supaya dikategorikan sebagai B40, bagi membolehkan anak mereka diterima masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Teguran itu dibuat Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mengingatkan bahawa tindakan itu menyebabkan anak mereka belajar dalam keadaan tiada keberkatan kerana mengambil hak orang miskin yang lain.

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.

“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Dalam hantaran berasingan, beliau berkata kos seorang pelajar setahun untuk belajar di MRSM adalah sebanyak RM18,000.

“Matlamat ditubuhkan MRSM untuk membantu pelajar luar bandar dan miskin mendapat pendidikan terbaik dan ditanggung sepenuhnya oleh MARA,” katanya.

Jelas Asyraf, MRSM tidak pernah ada polisi bahawa hanya pelajar miskin sahaja yang boleh memasuki sekolah tersebut.

Cuma keutamaan MRSM diberikan lebih kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah.

Polisi MARA menetapkan kuota 60% adalah anak-anak pelajar MRSM dari kalangan B40 dan selebihnya mereka yang layak (lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM-UKKM) dalam kalangan M40 dan T20.

“Apakah sudah tiba masanya untuk pelajar keluarga T20 yang mahu mendapatkan manfaat belajar dalam ekosistem MRSM membayar penuh kos ditanggung MARA?,” soalnya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 15, 2025
  • 24 views
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan. Katanya beliau tidak…

  • News
  • April 9, 2025
  • 82 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM