Rfizi nafi dakwaan PADU kaut keuntungan dan pembaziran

  • News
  • December 28, 2023

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli nafi dakwaan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) satu pembaziran dan melibatkan kontrak bernilai ratusan juta ringgit.

Jelas Rafizi, PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

“Proses membina PADU ini melibatkan pembangunan sistem data yang paling besar pernah dibuat oleh sektor awam. Mungkin juga paling besar dalam sejarah negara kita.

“Ia melibatkan berpuluh perincian data iaitu nama, umur, jantina, isi rumah dan lain-lain bagi setiap dari 32 juta rakyat Malaysia yang membentuk ratusan juta titik data di dalam PADU,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Rafizi berkata, PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.

Pangkalan data itu dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan dari Mei hingga Disember tahun ini.

Katanya, tempoh masa pembangunan PADU yang singkat mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.

Katanya, PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan.

“Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras dari Kementerian Ekonomi, DOSM dan MAMPU, bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada di kalangan penjawat awam.

“Saya berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada khidmat awam dari kerajaan kepada rakyat.

“Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam,” katanya.

PADU akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa depan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • January 28, 2025
  • 76 views
Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat air di Johor, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan menipu syarikat tersebut berhubung program kebajikan yang tidak pernah dilaksanakan melibatkan…

  • News
  • January 27, 2025
  • 90 views
COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai operasi (COO) kumpulan Prolintas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM70,000. Rostam Shahrif Tami, 59, mengaku tidak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

  • February 3, 2025
Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagau Pengerusi baharu

  • January 30, 2025
Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagau Pengerusi baharu

Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

  • January 28, 2025
Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

MMAG beli pesawat Boeing B737-400SF kedua pada harga RM29.12 juta

  • January 28, 2025
MMAG beli pesawat Boeing B737-400SF kedua pada harga RM29.12 juta

BNM Madelena dilantik Penolong Gabenor BNM berkuat kuasa 1 Februari

  • January 28, 2025
BNM Madelena dilantik Penolong Gabenor BNM berkuat kuasa 1 Februari

COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah

  • January 27, 2025
COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah