Rizal Mohd Zin dilantik sebagai CEO Kumpulan MBM Resources

KUALA LUMPUR: MBM Resources Bhd melantik Rizal Mohd Zin sebagai GCEO baharunya berkuat kuasa 2 Januari 2024.

Ia selepas lima bulan tidak mempunyai ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO).

Rizal, 48, mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam bidang penggabungan dan pengambilalihan (M&A), pengurusan prestasi, transformasi dan pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat.

Sebelum ini beliau adalah Ketua Pegawai Strategi Kumpulan MNRB Holdings Bhd dan pernah berkhidmat bersama Ekuiti Nasional Bhd sebagai pengarah pelaburan, yang mana beliau terlibat dalam pelbagai pelaburan dan penjualan.

Rizal memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Cambridge, United Kingdom.

Dengan ketiadaan GCEO ketika itu, Muhammad Fateh Teh Abdullah pada 24 Ogos 2023, MBM Resources menubuhkan jawatankuasa eksekutif terdiri daripada Datuk Zulfikri Osman dan Low Hin Choong, untuk memikul peranan dan tanggungjawab GCEO sehingga GCEO baharu dilantik.

Melalui pelantikan GCEO baharu itu, Zulfikri dan Low dilantik semula sebagai pengarah bukan eksekutif, lapor New Straits Times.

MBM Resources ialah pembekal alat ganti penting kepada semua pengeluar kereta utama di negara ini serta diwakili dengan baik dalam semua segmen pasaran runcit automotif, termasuk segmen kenderaan komersial dan daripada kereta tahap permulaan kompak kepada kereta mewah dalam sektor kenderaan penumpang.

Ia termasuk jenama seperti Daihatsu yang baru-baru ini menggantung pengeluaran di Jepun dan Hino dalam bidang komersial serta jenama kenderaan penumpang seperti Perodua, Volvo dan Volkswagen.

Coelho

Related Posts

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM