Agrobank tawar moratorium enam bulan kepada pelanggan terjejas banjir

KUALA LUMPUR: Agrobank menawarkan pelan bantuan banjir Agrobank 2024 kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Pelan itu merangkumi penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan dan tawaran moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Ianya ditawarkan kepada pelanggan Agrobank yang terjejas di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan negeri lain di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya memahami kesukaran pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

“Agrobank proaktif dalam merangka pelan-pelan khusus untuk mengurangkan beban yang dihadapi mereka dan diharapkan bantuan pembayaran ini dapat membantu mereka dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

“Saya dimaklumkan ada di antara pelanggan kami yang mengalami kerosakan pada harta benda, ladang dan kegiatan pertanian mereka dan secara tidak langsung memberi kesan kepada sumber pendapatan dan perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Badli berkata, terdapat beberapa pelanggan yang memerlukan penangguhan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka untuk memulihkan semula perniagaan.

Beliau berkata, bagi pelanggan yang layak, mereka boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan bagi membina semula perniagaan masing-masing.

Tambahnya, Agrobank juga akan turut menghubungi para pelanggan bagi membantu mereka menghadapi situasi ini.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat