Anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Pengerusi baharu Minetech

KUALA LUMPUR: Minetech Resources Bhd, mengumumkan pelantikan Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari sebagai pengerusi eksekutif baharu syarikat.

Syarikat pakar kejuruteraan awam, pengeluar produk bitumen serta pemain baru dalam ruang tenaga suria, dalam kenyataannya berkata Abang Abdillah Izzarim membawa banyak pengalaman dan gaya kepimpinan praktikal kepada syarikat tersebut.

Abang Abdillah Izzarim yang memulakan kerjaya sebagai juruterbang komersial menunjukkan kebolehan luar biasa dan minat mendalam untuk pembangunan perniagaan.

Katanya, sebelum pelantikannya, Abang Abdillah Izzarim memperoleh 15.58% daripada Minetech, berjumlah 240 juta saham, menjadikannya pemegang saham utama syarikat. Pelaburan itu adalah bukti komitmen dan kepercayaan beliau terhadap potensi syarikat.

“Perjalanan keusahawanan beliau bermula dengan Aerotrain Charter, yang mengkhusus dalam operasi kargo penerbangan.

“Selain itu, peranannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Berjaya Land Bhd dan Sarawak Consolidated Industries Bhd melengkapkannya dengan pandangan yang mendalam tentang tadbir urus korporat dan perancangan strategik,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Pengarah Eksekutif Minetech, Matt Chin berkata, pihaknya berbesar hati mengalu-alukan Abang Abdillah Izzarim sebagai pengerusi eksekutif baharu.

“Pengalamannya yang pelbagai, ditambah dengan semangat keusahawanannya, membawa perspektif yang unik kepada kepimpinan kami.

“Kami percaya pelantikan beliau dan pelaburan besar dalam Minetech menunjukkan masa depan yang cerah bagi syarikat, terutamanya dengan potensi untuk meluaskan jangkauan kami di rantau Sarawak, memandangkan pendedahan kuat Abang Abdillah Izzarim di rantau ini,” katanya.

Coelho

Related Posts

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

KUALA LUMPUR (3 Okt): Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB) — syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd (60%) dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (40%) — telah memeterai perjanjian…

Systech lantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR (1 Okt): Systech Bhd telah melantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2025, dalam usaha memperkukuh hala tuju strategik kumpulan penyedia rumusan teknologi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah