Bekas PM, pegawai dipanggil beri keterangan – Azam Baki

  • News
  • January 8, 2024

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Perdana Menteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit juga akan turut dipanggil.

“Tidak kurang daripada empat orang akan dipanggil (memberikan keterangan) dan salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri dipanggil memberikan keterangan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan kes siasatan SPRM terhadap proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022, yang menggunakan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Sebelum ini, dilaporkan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan siasatan dijalankan.

SPRM juga mengesahkan sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kes itu.

Ia untuk meneliti bagaimana kelulusan serta dan dikeluarkan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 73 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 61 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH