Pelabur asing beli RM524.9 juta saham minggu pertama 2024

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menyokong ekuiti domestik di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut, apabila belian bersih mereka meningkat lebih tiga kali ganda kepada RM524.9 juta pada minggu dagangan pertama 2024 daripada RM165.3 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan, aliran masuk asing bersih direkodkan setiap hari dagangan minggu lalu, kecuali Selasa yang menyaksikan jualan asing bersih berjumlah RM23.3 juta.

Aliran keluar tertinggi berlaku bagi Inari Amertron Bhd (-RM13.6 juta), My E.G. Services Bhd (-RM10.7 juta) dan Public Bank (-RM7.9 juta).

Menerusi laporan aliran dana mingguan yang diterbitkan hari ini, bank pelaburan itu menambah bahawa sektor utiliti merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi iaitu RM208.9 juta, diikuti perkhidmatan kewangan (RM156 juta) dan hartanah (RM126.9 juta).

Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah teknologi (-RM69.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM64 juta), serta telekomunikasi dan media (-RM16 juta), menurutnya.

Institusi tempatan terus menjadi penjual bersih bagi minggu ketiga berturut-turut dengan RM141.6 juta.

Mengikut sektor, perkhidmatan kewangan mengalami aliran keluar bersih tertinggi daripada kategori pelabur itu, dengan jumlah RM139.7 juta, jelasnya.

Peruncit tempatan juga berubah menjadi penjual bersih ekuiti domestik dengan RM383.3 juta.

Dari segi penyertaan, penyelidikan MIDF mendapati terdapat peningkatan ketara dari segi jumlah dagangan harian purata (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan (44.8 peratus), institusi tempatan (22.6 peratus), dan pelabur asing (50.8 peratus). – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • November 15, 2024
  • 61 views
Malaysia dikeluarkan daripada senarai pemantauan mata wang Amerika Syarikat

WASHINGTON: Malaysia telah dikeluarkan daripada ‘senarai pemantauan’ mata wang rakan dagangan Amerika Syarikat (AS), demikian menurut laporan Jabatan Perbendaharaan AS. AS telah menambah Korea Selatan ke dalam ‘senarai pemantauan’ rakan…

  • Pasaran
  • October 29, 2024
  • 82 views
Bursa Malaysia terus susut berikutan belian asing yang hambar

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga. Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

  • November 22, 2024
Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

  • November 22, 2024
Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

  • November 21, 2024
Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

  • November 19, 2024
Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

  • November 19, 2024
Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

  • November 19, 2024
MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3