SPRM reman 3 hari bekas ketua operasi GLC dipercayai guna kedudukan lantik syarikat suami

SHAH ALAM: Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman tiga hari bermula hari ini kerana dipercayai mengaut keuntungan dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dengan melantik syarikat milik suaminya melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dibenarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40-an itu ditahan pada jam 2 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek melakukan kesalahan pada 2022 yang mana syarikat milik suaminya dilantik sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 15, 2025
  • 24 views
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan. Katanya beliau tidak…

  • News
  • April 9, 2025
  • 84 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM