Apple dilarang jual jam tangan pintar terbaharu di AS

WASHINGTON: Mahkamah rayuan persekutuan pada Rabu memerintahkan Apple untuk menghentikan jualan model jam pintar terbaharunya di Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan sebahagian daripada perselisihan paten dengan syarikat kesihatan Masimo.

Larangan jualan ke atas model jam tangan pintar Apple tertentu itu akan berkuat kuasa pada Khamis kerana pengeluar iPhone itu diarah menunggu keputusan rayuannya.

Masimo, yang berpangkalan di selatan California, memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) AS yang memutuskan pada Oktober untuk menghentikan import model Apple Watch atas teknologi yang dipatenkan untuk mengesan tahap oksigen darah. Mahkamah menarik balik larangan itu buat sementara waktu bulan lalu.

Apple mengeluarkan sebahagian besar produknya di luar negara, kebanyakannya di China, memberikan bidang kuasa ITC ke atas pertelingkahan paten.

Menurut laporan, Apple merancang untuk mengeluarkan teknologi itu buat masa ini daripada jam tangan pintar berkenaan — Siri 9 dan Ultra 2 — dalam penyelesaian yang dialu-alukan oleh Masimo.

Masimo berpendapat ia mencipta teknologi berkenaan dan Apple memburu pekerja utamanya untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan teknologi terbabit.

Tetapi pembuat iPhone berpendapat bahawa penemuan ITC adalah salah dan harus diterbalikkan, dan merayu keputusan itu di mahkamah rayuan persekutuan.

Penantian untuk keputusan itu dilaporkan boleh bertahan selama setahun atau lebih.

Ketua eksekutif Masimo Joe Kiani menggelar keputusan membenarkan larangan itu dilaksanakan sebagai “kemenangan” bagi sistem paten AS yang menunjukkan syarikat berkuasa seperti Apple mesti menghormati hak harta intelek. Apple tidak menjawab pertanyaan daripada AFP. – AFP

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat