Daim mengaku tidak bersalah, minta dibicara

  • Kes
  • January 29, 2024

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank miliknya.

Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang dan hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Daim, didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 202.

Notis itu dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu membabitkan aset antaranya enam kereta termasuk Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce ,38 syarikat antaranya Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah di bawah syarikat di Kuala Lumpur, Ampang, Raub, Pahang dan Kuala Muda Kedah serta akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Daim diwakili barisan peguam bela yang diketuai M Puravalen.

Sementara itu, Azura membenarkan Daim diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM280,000 dan tidak mengenakan syarat jaminan tambahan selepas menimbangkan keadaan kesihatan beliau.

Terdahulu, Wan Shaharuddin mencadangkan Daim diikat jamin di antara RM250,000 dan RM500,000 dengan seorang penjamin dan memohon beliau dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sebulan sekali, selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah turut mengingatkan kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen bersifat subjudis terhadap kes itu.

Hakim Azura Alwi menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

  • Kes
  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Prosiding kes melibatkan dua bekas pengarah Revenue Group Berhad, iaitu Ng Shih Chow dan Ng Shih Fang, ditangguhkan selama tiga minggu selepas mahkamah menerima…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah