Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Masnah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Jentayu

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Masnah Matsalleh dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Jentayu Sustainables Berhad (Jentayu).

Masnah, 62, memegang pelbagai jawatan penting di beberapa kementerian dan agensi di Sabah sebelum bersara pada 31 Disember 2021

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Pernigaan daripada Edith Cowan University, Australia dan mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Ketika ini, Masnah merupakan Pengarah Bukan Bebas Saham Sabah Berhad dan Borneo Samudera Sdn. Bhd.

Selain itu, beliau juga terlibat dalam pelbagai organisasi termasuk sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian Tinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Sabah and Yayasan Dangsanak.

Jentayu mengalu-alukan penyertaan Masnah yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran awam dan masyarakat.

Coelho

Related Posts

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH