Pengerusi, CEO Aman Palestin berdepan 164 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram

  • News
  • February 15, 2024

SHAH ALAM: Pengarah Eksekutif Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), Abdullah Zaik Abdul Rahman bersama dua lagi individu dihadapkan ke Mahkmah Sesyen atas 164 pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, penipuan dan penggubahan wang haram berjumlah RM39,530,300.96, hari ini.

Bagaimanapun selain Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, 52; serta Khairudin Mohd. Ali, 49, mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Prosiding bagi pembacaan 164 pertuduhan tersebut mengambil masa selama hampir hampir dua jam yang bermula pukul 10.35 pagi.

Mengikut pertuduhan Awang Suffian dan Abdullah Zaik masing-masing didakwa dengan 52 pertuduhan pecah amanah dana Aman Palestin berjumlah RM21,146,498.80 antara 12 Mac 2018 hingga 3 November 2023.

Kedua-dua individu itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan.

Selain itu, kedua-duanya juga didakwa secara bersama bagi 19 pertuduhan penipuan wang Aman Palestin berjumlah RM39 juta yang diserahkan kepada syarikat mereka bagi pembelian emas seberat dua hingga 12 kilogram (kg) berjumlah 131 kg antara 24 September 2021 hingga 14 Julai 2023.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan [Akta 574] dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Awang Suffian dan Abdullah Zaik masing-masing sebagai Pengarah Syarikat Samudra Champa Sdn. Bhd. turut berdepan 19 pertuduhan kerana mereka didakwa menggunakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM12,713,771.60 antara 1 Jun 2018 hingga 29 Mac 2021.

Ini bagi pembelian sebuah rumah Semi-D, kilang pejabat serta rumah kedai dua dan tiga tingkat masing-masing terletak di Kajang, Bandar Baru Bangi, Selangor; Batu Pahat, Johor; Kangar, Perlis; Ipoh, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa menggunakan wang berkenaan bagi pembelian empat lot tanah di Hulu Selangor serta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Sementara itu, Khairudin pula berdepan dengan tiga pertuduhan sama yang berjumlah RM6,038,016.30 antara 3 Jun 2022 hingga 23 September 2023.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 87(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Kesemua tertuduh melakukan perbuatan itu di empat cawangan bank dan pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi antara 2018 hingga 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Wirna Rifin @ Arifin, Nurul Atiqah Mohamad Alias dan pegawai pendakwa Farhana Ismail.

Manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam Siti Mardhiyyah Zamani.

Terdahulu peguam dan timbalan pendakwa raya bersetuju untuk mencadangkan agar Awang Suffian dan Abdullah Zaik dikenakan jaminan dengan bon RM1 juta di mana bayaran pertama RM500,000 dideposit pada hari ini, dan bakinya selepas sebulan dengan seorang penjamin.

Selain itu, peguam dan pendakwaan juga mencadangkan agar tertuduh ketiga, Khairudin dikenakan jaminan sebanyak RM200,000 di mana bayaran pertama RM100,000 dideposit pada hari ini dan baki dalam tempoh sebulan.

Selain itu, kesemua tertuduh juga perlu menyerahkan pasport perjalanan kepada mahkamah.

Hakim kemudiannya bersetuju dengan semua cadangan itu dengan jaminan bon RM1 juta dengan bayaran RM500,000 dideposit pada hari ini dan bakinya dibuat sebelum atau pada 13 Mac ini.

Hakim juga menetapkan 13 Mac ini juga sebagai tarikh sebutan dan pengurusan bagi kesemua kes tersebut.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 18, 2024
  • 45 views
Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri kes rasuah RM2.8 juta

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkmah Rayuan di sini pada Isnin terhadap tiga pertuduhan rasuah RM2.8…

  • News
  • November 15, 2024
  • 46 views
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Platform perkhidmatan penstriman, Netflix mengumumkan kenaikkan harga langganan untuk pengguna di Malaysia, berkuatkuasa serta-merta. Netflix menaikkan harga pakej Basic kepada RM29.90 sebulan berbanding RM28 sebelumnya. Pakej standard pula…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

  • November 21, 2024
Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

  • November 19, 2024
Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC

Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

  • November 19, 2024
Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

  • November 19, 2024
MMAG dapat surat pengecualian daripada tersenarai status GN3

Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

  • November 19, 2024
Ajinomoto catat untung bersih RM18.29 juta pada suku kedua meningkat 77%

BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta

  • November 19, 2024
BCorp jual 32 juta saham dalam REDtone pada harga RM29.76 juta