TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000

  • News
  • February 16, 2024

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.

Menurut TH pendeposit kini boleh mendaftar dan melanggan perlindungan takaful TH Khairat dengan memilih kedua-dua pengendali takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful).

“Dengan mengekalkan langganan tahunan serendah RM28 bagi setiap perlindungan, manfaat kewangan yang ditawarkan adalah sebanyak RM12,000 daripada setiap pengendali takaful kepada penerima manfaat yang dinamakan.

“Sekiranya pendeposit memilih untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali takaful, pendeposit hanya perlu menyumbang RM56 setahun dan penerima manfaat layak membuat tuntutan dengan jumlah keseluruhan RM24,000 iaitu RM12,000 daripada STMB dan RM12,000 daripada HLM Takaful,” menurut TH menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab, berkata setakat ini, lebih 73,000 pendeposit telah melanggan perlindungan takaful itu dengan sambutan yang amat menggalakkan dalam masa enam bulan sahaja sejak ia dilancarkan pada 31 Julai lalu.

“TH menyambut baik maklum balas pelanggan yang berhasrat untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali Takaful. Alhamdulillah, dengan persetujuan bersama pengendali Takaful, pendeposit kini boleh mendaftar dengan kedua-dua pengendali Takaful.

“Penerima manfaat boleh menuntut manfaat kewangan RM12,000 daripada kedua-duanya menjadikan jumlah perlindungan yang layak diterima sebanyak RM24,000,” katanya.

Mohamed Ameen berkata, TH akan terus komited dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada selain memperkenalkan perkhidmatan baharu yang memberi manfaat kepada pendeposit pada masa akan datang.

Maklumat lanjut, layari www.tabunghaji.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) di talian 03-62071919.– BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 59 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 52 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH