DNeX raih lanjutan kontrak bernilai RM11.2 juta daripada LHDN

KUALA LUMPUR: Dagang NeXchange Bhd (DNeX) menerusi anak syarikatnya Innovation Associates Consulting Sdn Bhd (IAC) memperoleh lanjutan kontrak penyelenggaraan dan sokongan perisian serta penambahbaikan aplikasi Sistem Percukaian Bersepadu Hasil (HITS) bernilai RM11.2 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Menurut kumpulan itu, IAC beroperasi di ibu pejabat LHDN di Cyberjaya.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kontrak itu menunjukkan keupayaan DNeX dalam menyediakan rangkaian komprehensif perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat (IT).

“Kami berterima kasih kepada LHDN atas kepercayaan berterusannya kepada kami dalam pelaksanaan projek ini, yang boleh mengukuhkan keupayaan IAC dalam penggunaan dan mengekalkan sistem kompleks yang dibangunkan menggunakan platform pembangunan aplikasi kod rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

IAC ialah sebahagian daripada segmen perniagaan Perundingan Teknologi dan Integrasi Sistem (Perunding Teknologi dan SI) DNeX yang mengkhusus dalam pengurusan projek IT holistik, daripada reka bentuk dan binaan kepada pemasangan dan pentauliahan.

Syed Zainal Abidin berkata, DNeX komited untuk menjadi rakan kongsi teknologi pilihan dengan membangunkan penyelesaian inovatif yang mempercepatkan transformasi digital untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi pengguna.

Beliau berkata, pelan strategiknya membabitkan memperluaskan penawaran perkhidmatan dengan memajukan keupayaan dan merebut peluang dalam bidang teknologi baharu seperti internet kebendaan (IoT), data besar dan analitik.

“Ini akan meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh apabila memasuki tender untuk projek IT dan pendigitalan berskala besar daripada sektor awam dan swasta, dalam dan luar negara,” katanya.

Syarikat itu sebelum ini telah menyiapkan projek terkenal dalam sektor awam dan swasta termasuk Sistem Perakaunan Kewangan dan Pengurusan Kerajaan Bersepadu (iGFMAS), sistem perakaunan akruan kerajaan.

Coelho

Related Posts

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat