Pasaran saham positif pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan positif selepas merosot selama dua hari berikutan aktiviti pengambilan untung.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,545.98 daripada 1,545.49 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.86 mata kepada 1,546.35.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 227 berbanding 204 manakala 296 kaunter tidak berubah, 1,587 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan turut mendapat rangsangan daripada ekuiti Wall Street yang tinggi dalam persekitaran belian yang kukuh dalam saham teknologi selepas Nvidia melaporkan keputusan suku tahunan yang lebih kukuh daripada jangkaan, meningkatkan pasaran dan sektor teknologi.

Dow naik 1.2 peratus manakala Nasdaq melonjak hampir 3.0 peratus. Di Asia, indeks utama ditutup tinggi berikutan belian lewat.

“Kami melihat aktiviti pengambilan untung baru-baru ini dalam pasaran tempatan sebagai pembetulan yang baik, membolehkan pasaran menerima aliran meningkat baru-baru ini dan menawarkan peluang untuk menambah saham pada paras yang rendah.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,540-1,550 hari ini,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi YTL dan YTL Power, masing-masing naik sembilan sen kepada RM2.24 dan RM3.87, selepas keuntungan bersih meningkat seperti yang dilaporkan semalam.

Petronas Gas meningkat 20 sen kepada RM18.18 dan CIMB naik satu sen kepada RM6.40.

Axiata, bagaimanapun, merosot lima sen kepada RM2.71 dan Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM7.06.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Minetech, masing-masing naik setengah sen kepada 2.0 sen dan 18 sen.

Powerwell dan Notion, masing-masing meningkat empat sen kepada 31 sen dan 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 2.33 mata kepada 11,509.65, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.27 mata kepada 11,158.95, Indeks FBM Emas Shariah susut 16.23 mata kepada 11,586.38, Indeks FBM 70 turun 17.93 mata kepada 15,627.06 dan Indeks FBM ACE merosot 0.68 mata kepada 4,905.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 15.28 mata kepada 17,308.17, Indeks Tenaga merosot 2.34 mata kepada 931.89, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.13 mata kepada 178.40 manakala Indeks Perladangan naik 0.16 mata kepada 7,333.28. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • October 14, 2024
  • 73 views
Jualan asing ekuiti berkurangan kepada RM45.7 juta – MIDF Research

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menjual ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih sederhana sebanyak RM45.7 juta pada minggu lalu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd…

Ringgit kukuh 14.4 peratus, antara mata wang terbaik global – BNM

KUALA LUMPUR: Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025